Monday, July 19, 2010

Tip senaman menguruskan badan dengan mesin treadmill

Anda boleh bersenam dengan mesin treadmill untuk kuruskan badan anda. Latihan treadmill biasanya dilakukan di gym. Latihan treadmill sering digunakan oleh wanita untuk langsing badan. Anda boleh juga lakukan senaman menguruskan badan dengan mesin treadmill dirumah.

Matlamat utama senaman badan dengan mesin treadmill.

Anda gunakan latihan treadmill kerana anda ingin sihat. Anda mungkin tidak ada masa untuk berjalan kaki dan melakukan senaman-senaman lain. Pilihan terbaik ialah menggunakan latihan treadmill untuk membakar lebihan kalori badan.Dengan pergerakan yang betul, pembakaran kalori akan lebih berkesan dan lemak perlahan-lahan akan kurang. Hasilnya anda dapat mengurangkan berat badan Anda kerap melakukan senaman badan dengan treadmill, tapi malangnya anda masih tidak langsing.Jangan salahkan alat senaman treadmill kerana mungkin ada faktor Iain yang menyebabkan Iemak tidak juga keluar dari tubuh badan anda. Gunakan khidmat nasihat instruktor terlebih dahulu tentang cara penggunaan yang betul. Mungkin selama ini cara penggunaan anda salah yang menyebabkan keinginan untuk menurunkan berat badan tetap gagal.

Panduan penggunaan mesin treadmill yang betul.

Corak senaman dengan mesin treadmill yang sama hilangkan motivasi. Pakar-pakar fitness bersetuju, anda mungkin mudah terpengaruh dengan pujukan sebegini, "luangkan selama 30 minit setiap hari, anda akan ramping seperti model". Pada peringkat awal anda mungkin boleh melakukan senaman 30 minit setiap hari. Tetapi apabila tubuh badan sudah mula biasa melakukan rutin yang sama setiap hari, anda bosan dan ini mengakibatkan kalori yang dibakar akan mula berkurangan. Pakar fitness menyarankan ubah cara gunakan mesin treadmill. Gunakan cara dan kekerapan yang berbeza setiap kali melakukan latihan treadmill.

Lakukan dengan betul dan bersungguh-sungguh

Kesilapan yang mungkin anda lakukan latihan treadmill di rumah ialah melakukan senaman treadmill sambil menonton tv kerana ini akan membuat anda tidak melakukannya bersungguh-sungguh kerana sebahagian tumpuan anda sudah beralih pada mata.

Buat carta corak latihan treadmill

Lakukan aktiviti pemanasan sebelum memulakan latihan treadmill. Mulakan senaman selama satu minit,diikuti dengan dua minit. Lakukan berselang seli dengan kelajuan yang rendah dan teruskan sehingga lima kali. Perhatian juga diberi untuk waktu rehat . Jangan tetapkan waktu rehat. Padankan dengan jenis latihan dan kelajuan latihan treadmill anda.

Latihan treadmill ke arah mendaki

Letakkan treadmill pada keadaan mendaki. Treadmill dalam posisi mendaki mampu meningkatkan aktiviti otot punggung dan paha. Senaman ke arah mendaki akan membuatkan otot-otot anda semakin kuat dan mampu membakar banyak kalori. Pastikan darjah ketinggiannya antara 6 hingga10 peratus sahaja.

Gagal latihan mesin treadmill disebabkan lebih kalori

Jumlah kalori yang anda bakar semasa latihan treadmill selama 30 minit ialah 300.Pastikan anda mengambil jumlah kalori yang berpadanan dengan berat badan anda.

 

Sunday, July 18, 2010

Bagaimana serat mengatasi masalah perut buncit

Cara-cara mengatasi masalah perut buncit

Anda menghadapi masalah perut buncit dan obesiti. Anda patut mengatasi masalah tersebut sebelum ia melibatkan sakit jantung. Jika gemuk berlebihan atau obesiti anda akan berhadapan dengan masalah berat tubuh badan. Anda berisiko sakit jantung, kencing manis dan berbagai-bagai penyakit lagi. Kaki dan lutut sakit kerana terlampau berat kerana gara-gara perut buncit. Perut buncit disebabkan oleh lemak berlebihan yang tidak terbuang sehingga menyaluti bahagian yang penting dalam badan. Wanita amat bimbang dengan perut buncit. Mereka akan berusaha-usaha bersungguh menurunkan berat badan untuk kelihatan ramping. Walau pun pihak lelaki kelihatan agak megah dengan perut buncit tetapi sebenarnya mereka risau akan penampilan perutnya itu. Perut ialah salah satu bahagian badan yang menjadi perhatian. Perut buncit bukan sahaja memberi kesan besar terhadap penampilan bahkan menggambarkan tahap kesihatan seseorang.

Apa itu serat?

Serat adalah bahagian tumbuhan yang boleh dimakan dalam bijirin, sayur-sayuran, kekacang dan buah-buahan . Serat ini tidak dicerna dan akan dibuang keluar dari badan. Keperluan makanan berserat sehari adalah 25-30g. Kanak - kanak di bawah 2 tahun perlukan makan makanan berserat lebih kurang 5g sehari. Pada tahun 2004, Malaysian Journal Nutrition mendapati purata pengambilan makanan serat lelaki ialah 13.26g sehari dan wanita 10.86g sehari. Ini adalah jauh lebih rendah daripada keperluan harian.Ini menunjukkan anda mungkin tergolong dalam kumpulan ini. Oleh itu anda perlu menambah jumlah makanan serat dalam menu makanan anda. Jika anda wanita, pengambilan serat yang rendah , risiko anda mendapat kanser buah dada adalah 2.2 kali lebih tinggi dari orang lain.

Fungsi serat atau fiber

Makanan tinggi serat atau fiber atau produk-produk berserat tinggi membantu pembuangan lemak. Serat mengatasi masalah perut buncit dengan membantu membersihkan usus. Kesihatan usus berkait rapat dengan banyaknya najis yang terbuang. Pembersihan usus adalah langkah pertama untuk mencegah sembelit dan salah satu punca perut buncit. Proses penghadaman dan pencernaan yang tidak berjalan lancar, menyebabkan anda akan mengalami masalah sembelit dan berat badan bertambah. Serat penting untuk melancarkan proses pembuangan bahan toksik dari badan anda. Anda perlu minum air putih yang banyak jika makan produk-produk serat tinggi. Makan malam boleh membuatkan anda gemuk. Baca rahsia kuruskan badan dengan makan malam, jika anda mahu sentiasa langsing badan. Pengambilan kalori berlebihan akan menyebabkan berat badan anda bertambah. Pengambilan makanan berserat tinggi atau produk-produk mengandungi serat boleh membantu bagi masalah kegemukan atau perut buncit. Serat yang terkandung di dalam produk-produk berserat tinggi akan membantu melancarkan proses pencernaan pada usus dan menyerap lemak.

Pektin epal membantu mengatasi perut buncit

Serat atau fiber dalam epal dipanggil pektin Epal mempunyai pektin yang tinggi. Pektin epal didapati boleh mengawal paras kolesterol secara semula jadi. Pektin epal berkeupayaan untuk mengawal paras gula darah dengan menghalang naik turun gula dalam darah secara tiba-tiba. Pektin akan bergabung dengan kolesterol dan membuang lemak tidak baik sebelum lemak diserap ke dalam badan. Keupayaan pektin lain ialah mengekalkan tekanan darah yang normal, membuang toksin dari kolon,mengurangkan masalah sembelit dan menyelesaikan masalah sakit sendi reumatik dengan meneutralkan asid kristal.

Makanan berserat tinggi kempiskan perut buncit

Mengurangkan berat badan dengan diari makanan harian mengandungi serat tinggi amat digalakkan. Masalah perut buncit boleh diatasi dengan mengubah tabiat makan anda. Serat mengurangkan risiko kanser, mengelakkan sembelit dan mengawal atau menjauhkan anda dari sakit jantung,darah tinggi,kencing manis dan lebih-lebih lagi menurunkan badan jika anda gemuk.

Saturday, July 17, 2010

Bagaimana mengawal Lemak badan

18 panduan mudah mengurangkan  lemak badan dari menu makanan


Anda sememangnya tahu bahawa lemak badan atau lemak tepu mendatangkan masalah kepada kesihatan anda. Makan makanan berlemak dalam diari makanan akan menggemukkan badan dan menimbulkan penyakit darah tinggi,angin ahmar,penyakit jantung dan diabetes atau kencing manis. Lemak tepu berasal dari sumber haiwan seperti daging,susu dan keju berkeupayaan untuk menambah lemak badan dan hasilnya saluran darah tersumbat.

Berikut panduan mudah yang boleh ikuti untuk kuruskan badan anda dengan mengurangkan pengambilan lemak makanan.
  1. Makan salad tanpa mayones.
  2. Kurangkan makanan yang dimasak menggunakan minyak yang banyak.
  3. Sediakan makanan dengan cara merebus atau memanggang atau membakar.
  4. Jauhi makan burger atau sosej.
  5. Sapukan mentega sedikit dan senipis yang boleh jika anda biasa makan roti dengan sapuan mentega.
  6. Jika anda suka sup, buang lapisan lemak pada kuah sup sebelum dihidangkan.
  7. Buang semua kulit ayam jika anda memasak ayam. Kulit ayam mengandungi kolesterol tinggi.
  8. Minimumkan sumber makanan dari kekacang.
  9. Amalkan makan buah segar. Elakkan makan buah dalam tin.
  10. Kurangkan makan buah dalam bentuk pastry seperti pai.
  11. Elakkan penggunaan santan dalam masakan. Gunakan remah ratus segar dan daun-daun segar seperti halia. Gunakan sos rendah lemak.
  12. Buang semua lemak pada daging sebelum memasaknya.
  13. Buah-buahan sebagai kudapan.
  14. Gunakan minyak zaitun untuk menumis. Minyak zaitun rendah nilai kolesterol.
  15. Jangan minum susu penuh krim. Gunakan susu rendah lemak.
  16. Guna perahan limau sebagai dressing.
  17. Guna keju rendah lemak atau yogurt.
  18. Yogurt sebagai pencuci mulut.

Panduan Langsing badan sambil bercuti

Bimbang percutian anda dengan masalah berat badan? Bercuti panjang seperti musim perayaan atau melancong memang menyeronokkan. Anda mungkin berhadapan dengan masalah mematuhi program menurunkan berat badan. Anda seronok dan lupa, nafsu makan pun meningkat mengikut cita rasa bercuti. Akhirnya langsing badan anda bertukar menjadi gemuk. Ikuti panduan langsing badan ini jika mahu mengekalkan berat badan ideal anda tanpa membawa ubat gemuk semasa bercuti.

Makan dahulu sebelum ke majlis

Makan makanan sihat sebelum menghadiri sesuatu majlis. Ini akan membuat anda kenyang dan mengurangkan nafsu makan semasa di majlis. Jika anda terpaksa makan pilihnya sayuran-sayuran, buah-buahan atau makanan kurang lemak.

Nikmati makanan.

Perlahan lahan nikmatilah makanan yang dihidangkan. Kunyahlah makanan sehingga kecil-kecil dan makan dengan perlahan-lahan. Makan perlahan mengurangkan penyerapan kalori berbanding pemakan cepat.

Pilih makanan

Pastikan anda memilih makanan mengikut kesesuaian cara menurunkan berat badan anda. Abaikan makanan yang menggemukkan badan.

Sayuran kemudian karbohidrat dan protein

Penuhi separuh dari pinggan anda dengan sayuran. Kemudian baru anda memilih protein atau karbohidrat.

Kenakan pakaian langsing

Memakai pakaian yang mengikut tubuh badan yang ramping dan selesa akan menolong anda mengurangkan nafsu makan. Anda bangga dengan bentuk tubuh badan sekarang. Sudah tentu anda tidak mahu kehilangan tubuh langsing anda kerana nafsu makan semasa bercuti.

Lebihkan bercakap dari makan

Jika anda menghadiri majlis, banyakkan bercakap dari makan. Ini akan mengalihkan nafsu makan anda.

Pembuka selera boleh menaikkan berat badan

Anda perlu berhati semasa memilih juadah pembuka selera. Jangan tambah berat badan anda dengan pembuka selera tinggi kalori. Pilih 3 jenis makanan sahaja yang betul-betul anda sukai. Jika anda terpaksa makan disebabkan ajakan kawan karib atau keluarga anda pilihlah makanan seterusnya yang mengandungi kalori rendah.

Aktiviti senaman badan

Jika anda bercuti dan duduk rumah, jangan lupa melakukan senaman badan. Jikalau percutian anda melibatkan aktiviti fizikal seperti mengayuh basikal, mendaki bukit atau berjalan kaki, anda tidak perlu bimbang untuk melakukan senaman. Aktiviti-aktiviti tersebut membakar kalori yang banyak.

10 Rahsia kuruskan badan walau makan malam

Ramai di kalangan anda suka makan waktu malam. Adakah benar ada rahsia kuruskan badan walaupun menikmati makan malam? Anda mungkin langsung tidak menjamah makanan di waktu malam kerana takut berat badan bertambah. Sebenarnya anda harus menikmati makan malam tetapi beberapa panduan harus diikuti untuk boleh kuruskan badan. Jika anda tidak mahu gemuk,ikuti rahsia kuruskan badan sambil menikmati makan malam.

Makan 4 jam sebelum tidur

Waktu makan sesuai untuk anda ialah sebelum jam 7.00 malam. Elakkan makan malam melebihi waktu ini. Makan 4 jam sebelum tidur amat digalakkan untuk kesihatan dan pengawalan berat badan.

Utamakan buah-buahan dan sup sayur

Buah dan sayuran mempunyai kalori yang rendah. Pilih buah-buahan dan sup sayuran yang menyihatkan badan anda. Sup sayur dahulu, kemudian nasi. Elakkan makan sup sayur bersama nasi. Dahulukan makan sup sayur, diikuti dengan nasi jika perlu. Makan nasi membantu anda lebih kenyang.

Segelas susu panas mengisi perut kosong

Amalan meminum susu panas sebelum tidur berguna untuk mengisi perut kosong sepanjang malam semasa tidur.

Nikmati makanan rebus dan bakar.

Jika anda memang bercita-cita untuk kuruskan badan, makanan rebus dan bakar mesti menjadi pilihan utama. Menu ikan bakar atau panggang berserta rebusan sayur berserta sedikit perisa tambahan mungkin menjadi pilihan anda. Elakkan nasi atau ambil ¼ pinggan sahaja.

Tambahkan jus buah-buahan dalam diet

Minum air putih atau jus buah. Elakkan minum minuman berkarbonat. Minuman jenis ini mengandungi kadar gula tinggi dan memudaratkan penyakit.

Amalkan pemakanan suplemen

Amalan mengambil pemakanan tambahan atau suplemen amat digalakkan. Anda dinasihatkan berjumpa doktor untuk mengetahui kesesuaian suplemen semasa proses mengurangkan berat badan

Friday, July 16, 2010

Tips kuruskan badan di pejabat

Anda mungkin tidak perasan tabiat mengunyah makanan semasa bekerja telah menggagalkan azam anda untuk mengurangkan berat badan. Semestinya anda wajib mengubah tabiat ini untuk berjaya dalam cara-cara kuruskan badan.
Ikuti tips kuruskan badan ini jika tidak mampu mengubah tabiat untuk mengurangkan berat badan anda.

Diari makanan ringan kepada diari makanan sihat

Tukar kesemua menu makanan ringan seperti coklat,kerepek,kacang dan biskut kepada makanan berkhasiat seperti salad,sayur-sayuran atau buah-buahan.

Minuman bergas tinggi kalori

Pastikan anda tidak menyimpan minuman bergas atau minuman manis. Jumlah kalori dalam minuman bergas amat tinggi. Elakkan minuman bergas. Gantikan dengan air putih. Minum lebih kurang 2 liter sehari.

Kosongkan meja anda.

Pastikan meja atau laci anda kosong dengan makanan sebelum memulakan pekerjaan.Ini akan mengalih akan perhatian atau fikiran anda untuk mengunyah makanan.

Kuantiti makanan diutamakan

Anda perlu mengurangkan jumlah kuantiti ambilan setiap hidangan. Jika biasanya anda mengambil nasi putih 1 pinggan kurangkan kepada ¾ pinggan, kemudian ½ pinggan dan akhirnya mungkin ¼ pinggan. Tiada jangka masa yang ditetapkan untuk anda melakukannya. Kejayaan anda mengurangkan kuantiti makanan adalah faktor utama cara kuruskan badan dengan cepat

Makan tengah hari perlu perancangan

Anda disyorkan membawa makanan dari rumah. Ini memudahkan anda mengatur jumlah ambilan kalori. Tetapkan masa tetap makan tengah hari anda. Jangan lengahkan makan tengah hari anda. Jika anda ingin menikmati makanan di luar, pastikan ia seimbang dan tidak berlebihan kalorinya.

Kurangkan berat badan dengan senaman

Jadualkan senaman badan mengikut kesesuaian masa anda. Digalakkan melakukan senaman dua kali seminggu. Jika ada pusat gym atau kelab renang atau kelas aerobik berdekatan,ambilah peluang menjadi ahli. Atur masa anda untuk bersenam di pusat-pusat tersebut.

Pilihan untuk tidak ada masa bersenam

Gunakan tangga semasa menaiki pejabat, elakkan menaiki lif. Sentiasa bergerak semasa di pejabat, jangan hanya terperosok di depan komputer dalam jangka masa yang lama. Berjalan  kaki selama 15 minit boleh membakar  kalori anda.
Berkongsi pengalaman dengan rakan sepejabat
Kemungkinan ada teman sepejabat yang sedang menghadapi masalah berat badan seperti anda. Ajaklah teman sepejabat anda itu melakukan aktiviti senaman atau berjalan kaki. Anda perlukan kawan untuk lebih bersemangat dan berjaya mengekalkan berat ideal tubuh anda. Anda dan rakan anda boleh saling ingat mengingati berkaitan cara-cara kuruskan badan yang cepat.

Alihkan tumpuan tentang makan

Gunakan segala alatan atau kemudahan pejabat semasa rehat atau waktu terluang. Buat lah apa saja asalkan anda tidak cuba mengunyah makanan. Melayari Internet atau menyiapkan laporan atau melunaskan kerja tertunggak adalah contoh-contoh yang anda patut lakukan pada waktu terluang. Anda boleh mendapat maklumat-maklumat tambahan seperti produk-produk menguruskan badan dan kaedah-kaedah senaman untuk menguruskan badan dari Internet.

Walaupun anda bekerja di pejabat, masih ada ruang untuk berjaya untuk kuruskan badan atau mengekalkan berat badan ideal anda. Tukar kunyahan makanan tidak berkhasiat kepada buah-buahan,minum air putih, ketahui kuantiti makanan yang diambil dan kurang kalori, bersenam dan banyakkan pergerakan di pejabat. Kesemua aktiviti ini akan mengurangkan berat badan anda.

Wednesday, July 14, 2010

6 petua menguruskan badan dilakukan dengan santai

Pengurusan berat badan perlukan keputusan bijaksana.

Adakah anda selalu gagal dalam menguruskan badan anda? Cuba anda ikuti petua-petua pengurusan berat badan di bawah ini:


Bukan kuantiti makanan yang banyak tetapi kualiti

Nikmati makanan yang anda gemari dalam kuantiti yang sedikit tetapi lebih rasa enak. Jika anda menggemari coklat, belilah yang berkualiti tinggi dalam bungkusan kecil-kecil tetapi lebih mudah untuk mengawal kuantiti yang dimakan.

Makan kuantiti yang sedikit tapi masih gemuk

Adakah anda tergolong dalam kategori ini? Kajian mendapati 70% orang gemuk masih salah sangka dengan kuantiti yang banyak mereka makan. Mereka beranggapan, makan sedikit tetapi masih tak dapat menurunkan berat badan. Jika anda dalam kelompok ini, mulakan diari makanan anda. Catatan diari makanan boleh merangkumi kesemua jenis makanan yang diambil. Pengambilan snek atau makanan ringan mesti di catatkan dalam diari makanan harian anda.

Sarapan pagi menstabilkan berat badan

Ambil sarapan pagi setiap hari. Anda jangan abaikan sarapan pagi. Dua keping roti bakar dengan secawan susu rendah lemak ditambah dengan bijirin atau buah-buahan amat baik untuk turunkan berat badan anda.


Nikmati kelazatan makanan

Nikmatilah makanan dengan mengunyah secara perlahan-lahan. Tubuh anda memerlukan 20 minit untuk berasa kenyang selepas anda mula makan.

Motivasi diri sendiri

Pujuk orang sekeliling anda terutama keluarga menyokong anda untuk mengurangkan berat badan. Katakan pada mereka, anda amat perlu sokongan ini untuk anda sentiasa bermotivasi. Motivasi diri sendiri yang konsisten kunci utama kejayaan menurunkan berat badan anda.

Senaman kuruskan badan

Senaman ringkas seperti berjalan kaki selama 25 minit amat mudah dilakukan. Lakukan senaman jalan kaki setiap hari. Anda tidak akan berasa terlalu letih dengan berjalan kaki ,jika dibandingkan berjoging selama 10 minit. Amalan senaman badan berjalan kaki harian juga menjadikan anda lebih segar dan sihat.

Bagaimana memilih program kuruskan badan

Kuruskan badan sebelum terlambat

Cara-cara kuruskan badan anda


Jika anda memilih untuk mengurangkan berat badan, program kuruskan badan anda mesti mempunyai ciri-ciri berikut:
Komitmen sepanjang hayat tentang perubahan tabiat makanan dan kegiatan senaman.
Pengurangan jumlah kalori yang selamat
Diet seimbang.
Kuruskan badan secara perlahan lahan

Kalori penentu kejayaan kuruskan badan


Lemak yang anda patut tahu

Fakta  yang patut anda ambil tahu. Setiap kelebihan 3500 kalori dalam makanan anda,anda akan mendapat lebihan 0.5kg lemak.
Anda juga akan kehilangan 0.5kg lemak jika anda membakar 3500 kalori lemak dalam badan dengan senaman dan pengurangan ambilan kalori.
Cara paling mudah mengurangkan kalori ialah makan makanan tanpa lemak. Makanan berlemak mempunyai nilai kalori yang tinggi.
Pastikan menu anda banyak ikan dan daging ayam, kurangkan daging lembu dan kambing.

Karbohidrat pilihan pelansingan badan

Karbohidrat mudah iaitu gula patut dielakkan.Kurangkan pengambilan gula.Gula bukan sumber pemakanan baik kecuali penambah kalori atau makanan menggemukkan badan.
Karbohidrat kompleks seperti bijirin, sayuran dan buah-buahan amat baik untuk kuruskan badan anda. Karbohidrat kompleks memberi kita tenaga lebih baik dari sumber protein atau lemak kerana ia meninggalkan sisa paling sedikit.
Karbohidrat ini juga menolong mengekalkan paras gula darah .Ini penting untuk kesihatan anda.

Garam dan hipertensi

Pengambilan garam yang tinggi menyebabkan edema dan ini menyumbang kepada tekanan darah tinggi atau hipertensi.

Serat dan sembelit


Setiap tip kuruskan badan mesti diselitkan dengan pengambilan banyak serat.
Serat menolong penghadaman dan mengelakkan sembelit.

Kuruskan badan dengan senaman

Aktiviti senaman yang konsisten amat penting untuk kuruskan badan anda. Senaman badan menggalakan pembakaran lemak  tetapi juga memperbaiki pembentukan otot, memperbaiki peredaran darah dan membuat anda lebih rasa sihat.

Tidak ada jalan pintas untuk kuruskan badan anda. Pengambilan kalori harian yang munasabah amat penting.  Komitmen aktiviti senaman yang tinggi serta perubahan makanan sihat dari makanan tinggi lemak kepada makanan tanpa lemak,penambahan jumlah serat dalam diet dan pengurangan ambilan gula serta garam adalah kunci utama kejayaan kuruskan badan anda.