Wednesday, July 14, 2010

6 petua menguruskan badan dilakukan dengan santai

Pengurusan berat badan perlukan keputusan bijaksana.

Adakah anda selalu gagal dalam menguruskan badan anda? Cuba anda ikuti petua-petua pengurusan berat badan di bawah ini:


Bukan kuantiti makanan yang banyak tetapi kualiti

Nikmati makanan yang anda gemari dalam kuantiti yang sedikit tetapi lebih rasa enak. Jika anda menggemari coklat, belilah yang berkualiti tinggi dalam bungkusan kecil-kecil tetapi lebih mudah untuk mengawal kuantiti yang dimakan.

Makan kuantiti yang sedikit tapi masih gemuk

Adakah anda tergolong dalam kategori ini? Kajian mendapati 70% orang gemuk masih salah sangka dengan kuantiti yang banyak mereka makan. Mereka beranggapan, makan sedikit tetapi masih tak dapat menurunkan berat badan. Jika anda dalam kelompok ini, mulakan diari makanan anda. Catatan diari makanan boleh merangkumi kesemua jenis makanan yang diambil. Pengambilan snek atau makanan ringan mesti di catatkan dalam diari makanan harian anda.

Sarapan pagi menstabilkan berat badan

Ambil sarapan pagi setiap hari. Anda jangan abaikan sarapan pagi. Dua keping roti bakar dengan secawan susu rendah lemak ditambah dengan bijirin atau buah-buahan amat baik untuk turunkan berat badan anda.


Nikmati kelazatan makanan

Nikmatilah makanan dengan mengunyah secara perlahan-lahan. Tubuh anda memerlukan 20 minit untuk berasa kenyang selepas anda mula makan.

Motivasi diri sendiri

Pujuk orang sekeliling anda terutama keluarga menyokong anda untuk mengurangkan berat badan. Katakan pada mereka, anda amat perlu sokongan ini untuk anda sentiasa bermotivasi. Motivasi diri sendiri yang konsisten kunci utama kejayaan menurunkan berat badan anda.

Senaman kuruskan badan

Senaman ringkas seperti berjalan kaki selama 25 minit amat mudah dilakukan. Lakukan senaman jalan kaki setiap hari. Anda tidak akan berasa terlalu letih dengan berjalan kaki ,jika dibandingkan berjoging selama 10 minit. Amalan senaman badan berjalan kaki harian juga menjadikan anda lebih segar dan sihat.

No comments:

Post a Comment