Friday, July 16, 2010

Tips kuruskan badan di pejabat

Anda mungkin tidak perasan tabiat mengunyah makanan semasa bekerja telah menggagalkan azam anda untuk mengurangkan berat badan. Semestinya anda wajib mengubah tabiat ini untuk berjaya dalam cara-cara kuruskan badan.
Ikuti tips kuruskan badan ini jika tidak mampu mengubah tabiat untuk mengurangkan berat badan anda.

Diari makanan ringan kepada diari makanan sihat

Tukar kesemua menu makanan ringan seperti coklat,kerepek,kacang dan biskut kepada makanan berkhasiat seperti salad,sayur-sayuran atau buah-buahan.

Minuman bergas tinggi kalori

Pastikan anda tidak menyimpan minuman bergas atau minuman manis. Jumlah kalori dalam minuman bergas amat tinggi. Elakkan minuman bergas. Gantikan dengan air putih. Minum lebih kurang 2 liter sehari.

Kosongkan meja anda.

Pastikan meja atau laci anda kosong dengan makanan sebelum memulakan pekerjaan.Ini akan mengalih akan perhatian atau fikiran anda untuk mengunyah makanan.

Kuantiti makanan diutamakan

Anda perlu mengurangkan jumlah kuantiti ambilan setiap hidangan. Jika biasanya anda mengambil nasi putih 1 pinggan kurangkan kepada ¾ pinggan, kemudian ½ pinggan dan akhirnya mungkin ¼ pinggan. Tiada jangka masa yang ditetapkan untuk anda melakukannya. Kejayaan anda mengurangkan kuantiti makanan adalah faktor utama cara kuruskan badan dengan cepat

Makan tengah hari perlu perancangan

Anda disyorkan membawa makanan dari rumah. Ini memudahkan anda mengatur jumlah ambilan kalori. Tetapkan masa tetap makan tengah hari anda. Jangan lengahkan makan tengah hari anda. Jika anda ingin menikmati makanan di luar, pastikan ia seimbang dan tidak berlebihan kalorinya.

Kurangkan berat badan dengan senaman

Jadualkan senaman badan mengikut kesesuaian masa anda. Digalakkan melakukan senaman dua kali seminggu. Jika ada pusat gym atau kelab renang atau kelas aerobik berdekatan,ambilah peluang menjadi ahli. Atur masa anda untuk bersenam di pusat-pusat tersebut.

Pilihan untuk tidak ada masa bersenam

Gunakan tangga semasa menaiki pejabat, elakkan menaiki lif. Sentiasa bergerak semasa di pejabat, jangan hanya terperosok di depan komputer dalam jangka masa yang lama. Berjalan  kaki selama 15 minit boleh membakar  kalori anda.
Berkongsi pengalaman dengan rakan sepejabat
Kemungkinan ada teman sepejabat yang sedang menghadapi masalah berat badan seperti anda. Ajaklah teman sepejabat anda itu melakukan aktiviti senaman atau berjalan kaki. Anda perlukan kawan untuk lebih bersemangat dan berjaya mengekalkan berat ideal tubuh anda. Anda dan rakan anda boleh saling ingat mengingati berkaitan cara-cara kuruskan badan yang cepat.

Alihkan tumpuan tentang makan

Gunakan segala alatan atau kemudahan pejabat semasa rehat atau waktu terluang. Buat lah apa saja asalkan anda tidak cuba mengunyah makanan. Melayari Internet atau menyiapkan laporan atau melunaskan kerja tertunggak adalah contoh-contoh yang anda patut lakukan pada waktu terluang. Anda boleh mendapat maklumat-maklumat tambahan seperti produk-produk menguruskan badan dan kaedah-kaedah senaman untuk menguruskan badan dari Internet.

Walaupun anda bekerja di pejabat, masih ada ruang untuk berjaya untuk kuruskan badan atau mengekalkan berat badan ideal anda. Tukar kunyahan makanan tidak berkhasiat kepada buah-buahan,minum air putih, ketahui kuantiti makanan yang diambil dan kurang kalori, bersenam dan banyakkan pergerakan di pejabat. Kesemua aktiviti ini akan mengurangkan berat badan anda.

No comments:

Post a Comment