Saturday, July 17, 2010

Panduan Langsing badan sambil bercuti

Bimbang percutian anda dengan masalah berat badan? Bercuti panjang seperti musim perayaan atau melancong memang menyeronokkan. Anda mungkin berhadapan dengan masalah mematuhi program menurunkan berat badan. Anda seronok dan lupa, nafsu makan pun meningkat mengikut cita rasa bercuti. Akhirnya langsing badan anda bertukar menjadi gemuk. Ikuti panduan langsing badan ini jika mahu mengekalkan berat badan ideal anda tanpa membawa ubat gemuk semasa bercuti.

Makan dahulu sebelum ke majlis

Makan makanan sihat sebelum menghadiri sesuatu majlis. Ini akan membuat anda kenyang dan mengurangkan nafsu makan semasa di majlis. Jika anda terpaksa makan pilihnya sayuran-sayuran, buah-buahan atau makanan kurang lemak.

Nikmati makanan.

Perlahan lahan nikmatilah makanan yang dihidangkan. Kunyahlah makanan sehingga kecil-kecil dan makan dengan perlahan-lahan. Makan perlahan mengurangkan penyerapan kalori berbanding pemakan cepat.

Pilih makanan

Pastikan anda memilih makanan mengikut kesesuaian cara menurunkan berat badan anda. Abaikan makanan yang menggemukkan badan.

Sayuran kemudian karbohidrat dan protein

Penuhi separuh dari pinggan anda dengan sayuran. Kemudian baru anda memilih protein atau karbohidrat.

Kenakan pakaian langsing

Memakai pakaian yang mengikut tubuh badan yang ramping dan selesa akan menolong anda mengurangkan nafsu makan. Anda bangga dengan bentuk tubuh badan sekarang. Sudah tentu anda tidak mahu kehilangan tubuh langsing anda kerana nafsu makan semasa bercuti.

Lebihkan bercakap dari makan

Jika anda menghadiri majlis, banyakkan bercakap dari makan. Ini akan mengalihkan nafsu makan anda.

Pembuka selera boleh menaikkan berat badan

Anda perlu berhati semasa memilih juadah pembuka selera. Jangan tambah berat badan anda dengan pembuka selera tinggi kalori. Pilih 3 jenis makanan sahaja yang betul-betul anda sukai. Jika anda terpaksa makan disebabkan ajakan kawan karib atau keluarga anda pilihlah makanan seterusnya yang mengandungi kalori rendah.

Aktiviti senaman badan

Jika anda bercuti dan duduk rumah, jangan lupa melakukan senaman badan. Jikalau percutian anda melibatkan aktiviti fizikal seperti mengayuh basikal, mendaki bukit atau berjalan kaki, anda tidak perlu bimbang untuk melakukan senaman. Aktiviti-aktiviti tersebut membakar kalori yang banyak.

No comments:

Post a Comment