Wednesday, July 14, 2010

Bagaimana memilih program kuruskan badan

Kuruskan badan sebelum terlambat

Cara-cara kuruskan badan anda


Jika anda memilih untuk mengurangkan berat badan, program kuruskan badan anda mesti mempunyai ciri-ciri berikut:
Komitmen sepanjang hayat tentang perubahan tabiat makanan dan kegiatan senaman.
Pengurangan jumlah kalori yang selamat
Diet seimbang.
Kuruskan badan secara perlahan lahan

Kalori penentu kejayaan kuruskan badan


Lemak yang anda patut tahu

Fakta  yang patut anda ambil tahu. Setiap kelebihan 3500 kalori dalam makanan anda,anda akan mendapat lebihan 0.5kg lemak.
Anda juga akan kehilangan 0.5kg lemak jika anda membakar 3500 kalori lemak dalam badan dengan senaman dan pengurangan ambilan kalori.
Cara paling mudah mengurangkan kalori ialah makan makanan tanpa lemak. Makanan berlemak mempunyai nilai kalori yang tinggi.
Pastikan menu anda banyak ikan dan daging ayam, kurangkan daging lembu dan kambing.

Karbohidrat pilihan pelansingan badan

Karbohidrat mudah iaitu gula patut dielakkan.Kurangkan pengambilan gula.Gula bukan sumber pemakanan baik kecuali penambah kalori atau makanan menggemukkan badan.
Karbohidrat kompleks seperti bijirin, sayuran dan buah-buahan amat baik untuk kuruskan badan anda. Karbohidrat kompleks memberi kita tenaga lebih baik dari sumber protein atau lemak kerana ia meninggalkan sisa paling sedikit.
Karbohidrat ini juga menolong mengekalkan paras gula darah .Ini penting untuk kesihatan anda.

Garam dan hipertensi

Pengambilan garam yang tinggi menyebabkan edema dan ini menyumbang kepada tekanan darah tinggi atau hipertensi.

Serat dan sembelit


Setiap tip kuruskan badan mesti diselitkan dengan pengambilan banyak serat.
Serat menolong penghadaman dan mengelakkan sembelit.

Kuruskan badan dengan senaman

Aktiviti senaman yang konsisten amat penting untuk kuruskan badan anda. Senaman badan menggalakan pembakaran lemak  tetapi juga memperbaiki pembentukan otot, memperbaiki peredaran darah dan membuat anda lebih rasa sihat.

Tidak ada jalan pintas untuk kuruskan badan anda. Pengambilan kalori harian yang munasabah amat penting.  Komitmen aktiviti senaman yang tinggi serta perubahan makanan sihat dari makanan tinggi lemak kepada makanan tanpa lemak,penambahan jumlah serat dalam diet dan pengurangan ambilan gula serta garam adalah kunci utama kejayaan kuruskan badan anda.

No comments:

Post a Comment