Sunday, July 18, 2010

Bagaimana serat mengatasi masalah perut buncit

Cara-cara mengatasi masalah perut buncit

Anda menghadapi masalah perut buncit dan obesiti. Anda patut mengatasi masalah tersebut sebelum ia melibatkan sakit jantung. Jika gemuk berlebihan atau obesiti anda akan berhadapan dengan masalah berat tubuh badan. Anda berisiko sakit jantung, kencing manis dan berbagai-bagai penyakit lagi. Kaki dan lutut sakit kerana terlampau berat kerana gara-gara perut buncit. Perut buncit disebabkan oleh lemak berlebihan yang tidak terbuang sehingga menyaluti bahagian yang penting dalam badan. Wanita amat bimbang dengan perut buncit. Mereka akan berusaha-usaha bersungguh menurunkan berat badan untuk kelihatan ramping. Walau pun pihak lelaki kelihatan agak megah dengan perut buncit tetapi sebenarnya mereka risau akan penampilan perutnya itu. Perut ialah salah satu bahagian badan yang menjadi perhatian. Perut buncit bukan sahaja memberi kesan besar terhadap penampilan bahkan menggambarkan tahap kesihatan seseorang.

Apa itu serat?

Serat adalah bahagian tumbuhan yang boleh dimakan dalam bijirin, sayur-sayuran, kekacang dan buah-buahan . Serat ini tidak dicerna dan akan dibuang keluar dari badan. Keperluan makanan berserat sehari adalah 25-30g. Kanak - kanak di bawah 2 tahun perlukan makan makanan berserat lebih kurang 5g sehari. Pada tahun 2004, Malaysian Journal Nutrition mendapati purata pengambilan makanan serat lelaki ialah 13.26g sehari dan wanita 10.86g sehari. Ini adalah jauh lebih rendah daripada keperluan harian.Ini menunjukkan anda mungkin tergolong dalam kumpulan ini. Oleh itu anda perlu menambah jumlah makanan serat dalam menu makanan anda. Jika anda wanita, pengambilan serat yang rendah , risiko anda mendapat kanser buah dada adalah 2.2 kali lebih tinggi dari orang lain.

Fungsi serat atau fiber

Makanan tinggi serat atau fiber atau produk-produk berserat tinggi membantu pembuangan lemak. Serat mengatasi masalah perut buncit dengan membantu membersihkan usus. Kesihatan usus berkait rapat dengan banyaknya najis yang terbuang. Pembersihan usus adalah langkah pertama untuk mencegah sembelit dan salah satu punca perut buncit. Proses penghadaman dan pencernaan yang tidak berjalan lancar, menyebabkan anda akan mengalami masalah sembelit dan berat badan bertambah. Serat penting untuk melancarkan proses pembuangan bahan toksik dari badan anda. Anda perlu minum air putih yang banyak jika makan produk-produk serat tinggi. Makan malam boleh membuatkan anda gemuk. Baca rahsia kuruskan badan dengan makan malam, jika anda mahu sentiasa langsing badan. Pengambilan kalori berlebihan akan menyebabkan berat badan anda bertambah. Pengambilan makanan berserat tinggi atau produk-produk mengandungi serat boleh membantu bagi masalah kegemukan atau perut buncit. Serat yang terkandung di dalam produk-produk berserat tinggi akan membantu melancarkan proses pencernaan pada usus dan menyerap lemak.

Pektin epal membantu mengatasi perut buncit

Serat atau fiber dalam epal dipanggil pektin Epal mempunyai pektin yang tinggi. Pektin epal didapati boleh mengawal paras kolesterol secara semula jadi. Pektin epal berkeupayaan untuk mengawal paras gula darah dengan menghalang naik turun gula dalam darah secara tiba-tiba. Pektin akan bergabung dengan kolesterol dan membuang lemak tidak baik sebelum lemak diserap ke dalam badan. Keupayaan pektin lain ialah mengekalkan tekanan darah yang normal, membuang toksin dari kolon,mengurangkan masalah sembelit dan menyelesaikan masalah sakit sendi reumatik dengan meneutralkan asid kristal.

Makanan berserat tinggi kempiskan perut buncit

Mengurangkan berat badan dengan diari makanan harian mengandungi serat tinggi amat digalakkan. Masalah perut buncit boleh diatasi dengan mengubah tabiat makan anda. Serat mengurangkan risiko kanser, mengelakkan sembelit dan mengawal atau menjauhkan anda dari sakit jantung,darah tinggi,kencing manis dan lebih-lebih lagi menurunkan badan jika anda gemuk.

No comments:

Post a Comment